CUTI UMUM (PUBLIC HOLIDAY YANG BERTURUT-TURUT)




“Syarikat kami bercuti Sabtu dan Ahad (Rest Day). Hari Ahad itu juga merupakan Public Holiday (Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong) dan selang sehari selepas itu yakni Hari Selasa sekali lagi Public Holiday (Awal Muharam) kali ke-2, bagaimanakah pengurusan cuti-cuti ini dari segi status dan bayaran gaji ?”..

Terdapat 2 perkara yang harus jelas dan wajib dijelaskan oleh Majikan kepada para pekerjanya:

1) Status Cuti

Merujuk kepada Seksyen 60D(1)(b)(i) Akta Kerja 1955, Cuti Umum (PH) yang jatuh pada cuti rehat terakhir akan dianjakkan kehadapan 1 hari. Kalau PH jatuh pada hari Ahad yang merupakan rest day syarikat, maka hari Isnin itu akan dianggap sebagai Cuti Umum (PH).

Jika hari Selasa merupakan Cuti Umum kedua, maka syarikat akan mendapat 2 cuti umum secara berturut-turut iaitu hari Isnin dan Selasa.

2) Ratio pembayaran gaji

Bagi pekerja yang bertugas pada hari Ahad (Rest day) . Merujuk kepada Seksyen 60 (b) dan (c).

Normal hours (8 jam) : 1.0
OT Hours (3 jam) : 2.0

Bagi pekerja yang diwajibkan bertugas pada hari Isnin dan Selasa (Cuti Umum). Merujuk kepada Seksyen 60D (3)(a)(i) dan (aa).

Normal hours (8 jam): 2.0
OT hours (3 jam) : 3.0

Majikan mempunyai hak untuk mengarahkan pekerja datang bertugas pada hari Isnin dan Selasa sekalipun hari tersebut adalah cuti umum. Pekerja yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Jika majikan tidak mahu membayar jumlah ratio hari bercuti itu bagaimana?

Majikan wajib memberikan 1 hari cuti kepada pekerja itu pada hari-hari lain yang tidak sibuk dan sesuai.

Kalau Majikan tak nak bayar dan tak nak ganti cuti tu macamana tuan?

Buat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kerana Majikan telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 60D(1) dan boleh didakwa dan dikenakan penalti dibawah Seksyen 100(3) Akta Kerja 1955 yang sama.

Dirgahayu Tuanku, semoga Allah memberikan Tuanku kekuatan dalam menjadi pemangkin kepada penyatuan bangsa Malaysia yang unik dan berbilang bangsa ini. Patik sangat kagum dengan sikap Tuanku yang tegas, kelakar dan sangat zuhud dikaki Tuhan. Semoga usia Tuanku diberkati Allah.

Pada masa yang sama semoga Awal Muharram kita mulakan dengan langkah positif agar kita menjadi hamba yang lebih taat, rakyat yang setia dan manusia yang bermenfaat kepada manusia dan alam sekitar yang ada.


Sumber: 
Syamsul Rijal Jamil

Comments

Popular posts from this blog

PROMOTION [ NAIK PANGKAT ]